Tuesday, May 29, 2012

Pemboleh Ubah

Untuk menjawab soalan bahagian B dengan baik, semua calon haruslah terlebih dahulu menguasai dua jenis pemboleh ubah iaitu:

pemboleh ubah dimanipulasi @ diubah
pemboleh ubah bergerak balas @ diperhatikan

Kedua-dua pemboleh ubah ini boleh di dapati di dalam jadual, graf, dan rajah. Kadangkala, pemboleh ubah ini boleh ditemui di dalam penyataan yang diberikan di dalam soalan yang diberikan. Calon harus bijak mengenali pemboleh ubah ini dan jika ada CALON BOLEH MENGGARISKAN PEMBOLEH UBAH tersebut.

Apa itu 'pemboleh ubah dimanipulasi (PM)'.

'Pemboleh ubah dimanipulasi' atau juga dikenali dengan 'diubah', merupakan sesuatu perbuatan pengkaji untuk membezakan bahan ujikaji supaya penyiasatan yang dijalankan juga akan mendapat perbezaan. Untuk mengenalinya calon boleh melihat kepada PERBEZAAN YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH MANUSIA.

Apa itu 'pemboleh ubah bergerak balas (PB)'.

'Pemboleh ubah bergerak balas' atau juga dikenali sebagai 'diperhatikan', merupakan hasil atau keputusan yang diperoleh setelah perkara yang diubah itu dilakukan. Calon boleh melihat kepada PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM PENYIASATAN YANG BERLAKU SECARA AUTOMATIK (TIDAK DIBUAT OLEH MANUSIA).

Contoh : 

Ali menyediakan empat gelas air masak. Setelah itu dia telah memasukkan pati berperisa seperti sirap, sarsi, jagung dan anggur ke dalam setiap gelas. Setelah dia memasukkan pati tersebut, setiap air masak itu menghasilkan warna-warna yang berbeza.

Di dalam penyiasatan ini,

Pemboleh ubah yang dimanipulasi @ diubah               
= jenis pati berperisa

Pemboleh ubah yang bergerak balas @ diperhatikan  
= warna air

Terdapat satu lagi pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan @ ditetapkan. Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah perkara yang perlu dikekalkan di dalam setiap penyisatan tersebut. Di dalam penyiasatan di atas JENIS AIR adalah pemboleh ubah dimalarkan. Ini kerana, pada setiap pati dimasukkan ke dalam air masak. Jika salah satu air masak itu ditukar kepada air kopi maka akan berlakunya perubahan dan penyiasatan yang dijalankan akan terganggu.

Ini bermakna pemboleh ubah dimalarkan @ ditetapkan merupakan perkara yang perlu dikekalkan dan boleh mempengaruhi hasil penyiasatan jika ianya diubah.

Semoga penerangan ini akan dapat membantu anda semua. Jika ada sebarang masalah, sila bertanya....


110 comments:

  1. Terima kasih cikgu, sangat2 membantu saya utk menerangkan lebih details yg berkaitan tajuk di atas kpd anak saya.

    ReplyDelete
  2. JazakaAllah cikgu,
    semoga Allah membalas jasa cikgu mengambil masa menerangkan konsep ini. Anak sy tak keliru lagi, jazakaAllahu khayran kathira

    ReplyDelete
  3. Terima kasih... dgn penerangan cikgu anak saya sudah paham perbezaan pembolehubah

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dengan penerangan ni cikgu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cikgu. Anak saya pun sudah faham.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih,sekarang saya sudah faham

    ReplyDelete
  7. Terima kasih,sekarang saya sudah faham

    ReplyDelete
  8. ThΓ nk Cg, you've made my day .....

    ReplyDelete
  9. Thanks cikgu,saya dh fhm ttng sains..

    ReplyDelete
  10. Thanks cikgu,saya dh fhm ttng sains..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Saya juga belajar bersama anak untuk memahami tajuk ini.tq

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih cikgu , penerangan ini amat memahami saya ..tqvvvvvm

    ReplyDelete
  15. Terima kasih cikgu , penerangan ini amat memahami saya ..tqvvvvvm

    ReplyDelete
  16. terima kasih cikgu sekarang saya sudah faham apa itu dimanipulasi dan bergerak balas :) TQ...

    ReplyDelete
  17. Terima kasih cikgu. Barulah faham & utk memahamkan anak😊

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu. Barulah faham & utk memahamkan anak😊

    ReplyDelete
  19. Saya pun faham Cikgu...tetapi Ade x DLM kotak?

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian. Jazakallahu khayr( may Allah reward u with goodness).

    ReplyDelete
  21. Mohon pembetulan jika salah :

    situasi

    Kucing A - tidak diberikan makanan berkhasiat
    Kucing B - diberikan makanan berkhasiat

    Selepas seminggu, Kucing A semakin kurus

    Inferen : Untuk melihat perkembangan fizikal kucing berdasarkan pemakanan
    Pemboleh ubah dimanipulasi : Makanan kucing
    Pemboleh ubah bergerak balas : Fizikal kucing
    Pemboleh ubah dimalarkan : Kucing

    Mohon pembetulan, saya masih dalam proses memahani kerana anak masih ada masalah untuk soalan sebegini.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah ... Sy telah menggunakan nota dr cikgu utk mengajar ank sy. Trima kasih cikgu

    ReplyDelete
  23. Nota yang sangat terperinci dan mudah difahami. Alhamdulillah. T.kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  24. Nota yang sangat terperinci dan mudah difahami. Alhamdulillah. T.kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  25. thank you cikgu..saya anak bekas anak murid cikgu di sekolah kebangsaan klebnag jaya..kalau cikgu ingat la..hihi

    ReplyDelete
  26. thank you cikgu saya sebab membuatkan saya faham

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah cikgu, sains saya dapat A 96 2016

    ReplyDelete
  28. Terima kasih may allah bless ur goodness

    ReplyDelete
  29. Terima kasih Cikgu

    ReplyDelete
  30. good information about variables. Terima kasih cikgu atas sumbangan, Teruskan.

    ReplyDelete
  31. Tkasih cikgu,penerangan yg cukup jelas. Lebih mudah utk mengajar anak saya. Dia pun cpt faham

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang pemboleh ubah

    ReplyDelete
  33. APA MAKSUDpemboleh ubah dimalarkan

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cikgu.Saya tak pandai sangat pemboleh ubah. Jadi saya berterimakasih sangat dengan cikgu.

    ReplyDelete
  35. jazakaAllah, terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Terima kasih sangat sbb saya bukan pandai sangat dengan tajuk pemboleh ubah sekarang saya dah faham πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚πŸ™‚

    ReplyDelete
  38. Mmm cikgu boleh buat perkataan pasar boleh saja je taknak takpe

    ReplyDelete
  39. Cikgu istilah dimalarkan apa maksud? Dalam pemboleh ubah?

    ReplyDelete
  40. Cikgu..terima kasih..saya Sudan faham dengan lebih detail tentang apa itu pemboleh ubah dimanipulasi Dan pemboleh ubah bergerak balas..serta pemboleh ubah dimalarkan

    ReplyDelete
  41. Cikgu..terima kasih..saya Sudan faham dengan lebih detail tentang apa itu pemboleh ubah dimanipulasi Dan pemboleh ubah bergerak balas..serta pemboleh ubah dimalarkan

    ReplyDelete
  42. Terima kasih atas perkongsian in..sangat membantu..

    ReplyDelete
  43. Terima kasih di atas ilmu ini.Sangat berguna.

    ReplyDelete
  44. Terima kasih cikgu.info ni sgt berguna untuk saya gunakan bagi peperiksaan akhir tahun 2 minggu lagi bagi tahun 4

    ReplyDelete
  45. Tp...aepe maksud dimalarkan ye cigu

    ReplyDelete
  46. TQ ckgu- Senang kerja sy. Nak tanye cikgu IRL malu jadi kene search jelah..TQ CIKGU YOU'VE MADE MY DAY!

    ReplyDelete
  47. Sangat bagus tapi saya ada sikit tak paham

    ReplyDelete
  48. Terima kasih Cikgu atas penerangan ini. Kami lebih faham perbezaan antara ketiga-tiga pemboleh ubah.
    Semoga Allah swt balas kebaikan Cikgu.

    ReplyDelete
  49. Sangat membantu 😁 trmksih cikgu ...

    ReplyDelete
  50. Cikgu saya masih lagi belum faham

    ReplyDelete
  51. Thank you πŸ’•.....for helping

    ReplyDelete
  52. Kenapa tiada contoh bagi pemboleh ubah dimalarkan

    ReplyDelete
  53. Apa itu pemboleh ubah dimanipulasi?

    ReplyDelete
  54. apa maksud pemboleh ubah dimalarkan?

    ReplyDelete
  55. Tq very much Cg(◍•α΄—•◍)❤

    ReplyDelete
  56. doakan kimia saya cemerlang dlm spm 2022 AMIN (灬º‿º灬)

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah dah faham ☺️ terima kasih cikgu☺️ doakan saya dapat

    ReplyDelete